PAWE PUTRAJAYA

Apa itu Bank Masa?


Timebanking adalah sejenis matawang. Satu jam perkhidmatan kepada seseorang yang memerlukan perkhidmatan tersebut, beliau akan menerima satu kali kredit. Untuk seseorang memperoleh kredit masa, orang lain perlu bersetuju untuk memberikannya. Bank Masa berlaku apabila rangkaian atau kalangan ahli telah bersetuju bahawa mereka akan memberi dan menerima kredit untuk perkhidmatan yang diberikan oleh ahli lain. Rangkaian tersebut dipanggil "bank masa."

Edgar Cahn (pengasas moden Bank Masa).

Visi

Negara yang mengamalkan bank masa dalam setiap Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan komuniti dapat menjalinkan hubungan rapat di antara ahli-ahli dan komuniti, menghargai orang ramai, berdikari, dan membantu menghilangkan kesunyian.

25 +

Ahli Semasa

Jumlah Ahli dalam Pawe Timebank setakat Mac 2024

25 +

Ahli Sasaran

Anggaran bilangan jumlah ahli

Misi

Time Bank untuk PAWE diwujudkan untuk berkongsi pengetahuan , kemahiran, latihan dan pendidikan bagi membolehkan komuniti dan organisasi tempatan mewujudkan dan mengurus bank masa untuk aktiviti warga emas. Pawe Putrajaya percaya bahawa time bank dapat membina kapasiti dalam komuniti, dan kami mengiktiraf kebanyakan aktiviti-aktiviti PAWE Putrajaya dengan komuniti menggunakan masa, sebagai mata wang. Khususnya, aplikasi ini akan :

Menyokong time bank dengan memberi sumber, alatan dan maklumat yang ahli-ahli PAWE/pengguna perlukan untuk berkembang maju

Bekerjasama dengan organisasi dan pesuruhjaya dengan tujuan menarik minat penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam initiatif time bank

Mempengaruhi pembuat dasar dan kerajaan tempatan dan pusat untuk mempromosikan kebaikan penggunaan time bank

Manfaat Pawe Timebank

Timebanking membina rangkaian perbubungan di antara ahli-ahli pawe dan komuniti di mana Time Bank memberi dan menerima sokongan, membolehkan komuniti PAWE daripada latar belakang yang berbeza yang mungkin tidak bertemu untuk membentuk hubungan persahabatan yang bermakna.Time Bank jusga menjana modal sosial dengan cara ini boleh meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan keupayaan ahli-ahli Pawe dan komuniti, yang kesemuanya boleh menyumbang kepada ekonomi negara.

Nilai Kami - PAWE

P
PEOPLE ARE ASSETS (NILAI RAKYAT)

Kekayaan sebenar masyarakat kita ialah rakyatnya. Kami percaya bahawa setiap orang adalah berharga dan mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada orang lain dalam komuniti.


 

A
ACTIVITIES (Aktiviti)

Time Bank membantu mentakrifkan semula "aktiviti" termasuk membesarkan kanak-kanak yang sihat, memelihara keluarga, menjadikan kawasan kejiranan selamat dan bersemangat, menjaga mereka yang lemah dan terdedah, dan menangani ketidakadilan.
 

W
WILL (Kesanggupan)

Kami percaya kepada dorongan untuk memberikan sesuatu kembali adalah universal. Time Bank membolehkan orang ramai menjadi pemberi dan juga pengambil. Bagi Time bank, "anda perlukan saya" menjadikan "kita memerlukan satu sama lain".
 

E
ENVIRONMENT (Environmen)

Time Bank membina rangkaian sokongan sosial bersama dan sokongan praktikal bersama dalam persekitaran komuniti, Ini mengukuhkan aktiviti sosial dan menggalakkan kerjasama antara organisasi komuniti dan perkhidmatan awam.

PAWE Activities

Denai Anak Sg. Gajah yg indah

The making of.... Denai Anak Sg. Gajah yg indah. Bersih persekitaran dibawah kawal selia JPS. Putrajaya dan di aktifkan bersama ahli. Komuniti dan sukarelawan club. KKPB. Friends of anak sg. GAJAH, Putra Harmoni.

Lain-Lain Aktiviti

Previous Next